KUCHING: Hock Seng Lee (HSL) akan melancarkan sebuah unit pameran baharu di Taman Perindustrian Vista (VIP) menerusi Facebook Live pada hari cuti umum 16 September, jam 10.00 pagi.
Pengurus Penyewaan Kanan Trish Lui dan seorang kakitangan penjualan tertinggi Lyn Tieo akan mengacarakan sesi Facebook Live bagi taman perniagaan sedia-dimasuki itu.
Mereka akan membawa penonton untuk melihat unit pameran baharu, mengetengahkan ‘selling points’ utama, dan menjelaskan skim ‘Rent-To-Own’ (RTO) HSL, yang menyasari usahawan muda dan masih satu-satunya skim komersial seumpamanya di Sarawak.
Sempena Hari Malaysia, mereka yang mendaftarkan minat terhadap skim RTO adalah layak untuk cabutan bertuah.
“RTO kami ternyata berjaya. Sejak dilancarkan pada Mac lalu, kami sudah mengesahkan lebih 12 penyewa RTO. Sewa dahulu, milik kemudian membuka banyak peluang: penyewa ada lebih banyak wang pendahuluan untuk melengkapkan unit-unit mereka, kunci harga pembelian, dan mekanisme RTO membantu mereka menjimatkan pembayaran pendahuluan,” kata Lui.
Unit pameran baharu mengetengahkan semua ciri terbaik VIP seperti ruang terbuka saiz XL, mesra kenderaan berat, ketinggian lantai-ke-siling dan tangga yang terpisah antara ruang kerja di tingkat bawah dengan pejabat di tingkat dua.
Strim langsung FB itu turut memaparkan testimoni daripada dua perniagaan VIP sedia ada.
“Sebagai pemaju, kami hanya dapat terus memasarkan produk kami apabila pelanggan sedia ada berjaya.
Kami mahu mengetengahkan perniagaan mereka, menjalankan pemasaran bersilang dan menjana penyebaran lisan yang baik. Usia panjang pelanggan kami adalah usia panjang kami,” kata Lui.
Selepas pelancaran maya itu, mereka yang berminat boleh membuat temu janji untuk melihat VIP, katanya lagi.
Unit pameran baharu itu terletak di hadapan taman pusat VIP seluas 3.3 ekar, satu ciri unik bagi estet perindustrian ringan bersaiz sederhana itu.
Semua unit di sekeliling taman tersebut sudah dijual, kecuali bagi unit pameran.
VIP mempunyai kawasan keseluruhan seluas 200 ekar, menjadikannya estet perindustrian terbesar yang dimajukan secara swasta di Sarawak.
Pada Januari 2020, VIP memenangi dua Anugerah Kecemerlangan SHEDA dalam kategori pelan induk dan kategori komersial.
“Kami mengintai taman perniagaan ‘kelas lebih tinggi’. Pelan induk adalah penting, kita tidak boleh membuat sesuatu secara ‘ad-hoc’, perkara seperti penetapan zon adalah penting bagi memastikan kejayaan jangka panjang projek sebesar ini,” kata Pengarah Eksekutif HSL Tony Yu.
Yu menyatakan pasaran telah memberi sambutan yang positif.
“Kami gembira kerana penyewa termasuk beberapa francais makanan popular, yang mempunyai syarat kebersihan yang tinggi, malah kami ada makmal ujian sebuah syarikat berkaitan kerajaan,” tambahnya.
VIP juga menyediakan bengkel kereta mewah, juruelektrik, bilik pameran penambahbaikan rumah, dan peruncit kerja besi.
“Fasa seterusnya akan datang tidak lama lagi, dengan menambah lebih banyak unit dan penetapan harga yang dikemas kini. Unit-unit terakhir daripada fasa awal ini memiliki nilai yang amat tinggi,” kata Yu.
Taman perniagaan itu terletak di lokasi yang strategik di Kuching, dengan jarak yang lebih kurang sama dari lapangan terbang, pelabuhan, pusat bandar raya dan zon perindustrian Sejingkat.
VIP berkongsi lebuh raya yang sama, Jalan Setia Jaya-Usaha Jaya, ke Taman Teknologi Tinggi Sama Jaya, yang merupakan sebuah zon perdagangan bebas dengan eksport bernilai RM5 billion setahun.
Di antara syarikat multinasional di sana adalah X-FAB Silicon Foundries, Taiyo Yuden Co Ltd, Western Digital Corporation, Toko Inc, dan LONGi Silicon Materials Corp.
HSL menyimpan satu pertiga daripada VIP untuk kegunaannya sendiri, di mana ia memusatkan semua kemudahan pembuatannya yang memiliki gred ISO dan gred SIRIM.
Untuk maklumat lanjut, sila layari hsl.com.my, hubungi 013 836 5566, atau cari #VIPHSL dalam media sosial.