KUCHING: Hock Seng Lee (HSL) pada hari ini mengumumkan pencapaian kewangan bagi suku ketiga tahun 2021 setakat 30 September. Kumpulan itu telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM13.76 juta daripada hasil pendapatan sebanyak RM150.88 juta.
Pembinaan terus menyumbang kebanyakannya sebanyak RM111.34 juta, iaitu 74% daripada hasil pendapatan, manakala pembangunan hartanah menghasilkan RM29.13 juta.
Keuntungan sebelum cukai bagi suku yang sama pada tahun lepas adalah RM13.03 juta dengan hasil pendapatan sebanyak RM161.16 juta.
“Pencapaian suku ketiga direkodkan pada waktu kemuncak COVID-19. Kadar jangkitan tinggi menjejaskan kecekapan dan produktiviti. Kami bekerja pada waktu yang sukar,” kata Pengarah Urusan Dato Paul Yu Chee Hoe.
Di Sarawak, kes-kes positif harian melonjak daripada kira-kira 500 kes pada awal Julai lalu kepada lebih 4,700 pada pertengahan September lepas.
“Sejak itu, situasi sudah bertambah baik ekoran kadar penerimaan vaksinasi yang tinggi oleh rakyat Sarawak. Sarawak merupakan negeri yang pertama di seluruh negara untuk mendapatkan suntikan penggalak,” tambah Yu.
Langkah penjagaan kesihatan sedemikian mengurangkan jumlah kes COVID yang teruk dan membolehkan kebanyakan sektor ekonomi untuk terus dibuka semula di Sarawak.
Walau bagaimanapun, sektor awam dan sektor swasta masih berhati-hati dalam hubungan kerja untuk mencegah wabak dan lonjakan jangkitan.
“Kerja perlu dijalankan di tengah-tengah keadaan yang mencabar,” kata Yu, yang menambah bahawa kebanyakan masalah yang dialami sektor pembinaan sejak tahun lepas masih belum dapat diselesaikan.
“Contohnya, kekurangan buruh kini sebenarnya jauh lebih serius selepas lebih banyak sektor ekonomi dibuka. Beberapa sekatan pergerakan perjalanan masih dilaksanakan. Faktor ini telah menyebabkan gangguan kepada bekalan bahan, terutamanya berkaitan logam.”
Pada waktu yang sama, harga bahan bakar telah menaikkan kos lojistik.
Bagi sektor pembinaan Sarawak, di mana kebanyakan projek dilaksanakan di luar bandar, lojistik merupakan faktor kos yang penting.
Ia dikaitkan dengan keadaan cuaca – antara Julai hingga September lepas, Sarawak telah mengalami jumlah hujan yang tinggi walaupun di luar musim hujan.
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan jumlah hujan yang tinggi itu ada kaitan dengan suhu permukaan laut yang rendah, manakala Pusat Meteorologi Khusus Asean (Asean Specialised Meteorological Centre) mengesahkan keadaan La Niña dan menjangkakan ia akan terus berlaku hingga awal tahun 2022.
Mengambil kira kekangan itu, kata Yu, HSL akan mengguna-pakai pendekatan “selektif” bagi pemerolehan pekerjaan.
“Kami sentiasa berusaha untuk mengisi semula buku tempahan kami, tetapi kami akan berhati-hati. Kami mesti selektif dalam strategi kami untuk melindungi diri daripada ketidaktentuan harga. Kami mesti mengurus projek dengan cekap. Bagi masa depan yang terdekat ini, ia dijangka mencabar bagi industri pembinaan,” katanya.
Projek mega HSL bagi Lebuh Raya Pan Borneo pula sudah siap kira-kira 80% setakat ini.
Dalam segmen hartanah, fokus HSL masih diberikan kepada kemampuan pembeli untuk memilikinya.
Projek Samariang Aman 3, di mana 70% unit pada fasa awal adalah unit setingkat, kini berada pada fasa pembinaan.
Fasa baharu bagi rumah teres dua tingkat dan berkembar kini dalam perancangan.
Di La Promenade, di mana Ibu Pejabat HSL terletak, jumlah terhad dupleks baharu yang bernilai RM2.1 juta sedang dibentuk.
Di La Promenade Mall, premis makan baharu masih dibuka kerana populariti yang berterusan.
Pencapaian kewangan suku ketiga diumumkan ekoran mesyuarat lembaga yang diadakan sekali dalam tempoh tiga bulan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari hsl.com.my atau cari @hslcn dalam media sosial.
https://www.instagram.com/p/CWueZGjLSVi/
https://www.facebook.com/hslcn/posts/1347204959025598;