KUCHING: La Promenade Mall, yang dibuka pada Januari 2021, akan menyambut Krismas pertamanya dengan pelbagai jenis lampu, bazar perayaan, dan peraduan untuk orang ramai.
Di pusat beli-belah ini, yang menarik perhatian kerana landskapnya yang indah, pengunjung dapat melihat pokok-pokok pain tulen yang dihiasi dengan lampu Krismas yang dijana oleh tenaga solar.
“Pasukan landskap kami tidak sabar lagi mahu melihat pengunjung menyaksikan 59 pokok pain Norfolk yang kami telah ubah menjadi pokok-pokok Krismas yang tulen. Kami rasa ia adalah cantik pada waktu malam. Kami mengekalkan dasar mesra alam – lampu pari-pari dijana oleh tenaga solar, dan setiap malam, ia dinyalakan hingga larut malam,” kata Ketua Landskap Dalaman Hock Seng Lee, Leslie Lim.
“Ia adalah penting bagi kami untuk menekankan pokok semula jadi. Pokok pain pertama di La Promenade ditanam hampir sedekad lalu. Pada hari ini, kami ada 1,500 pokok pain di sepanjang 1.8 kilometer lebuh utama.”
Selari dengan hiasan perayaan yang mesra alam, pusat beli-belah itu turut melancarkan peraduan foto.
Apa yang anda perlu buat adalah mengambil sebarang foto dengan pokok Krismas tulen di La Promenade, muat naik ke media sosial, hashtag #Xcape2Promenade, dan tunjukkan paparan itu kepada orang ramai.
Hadiah-hadiah bernilai RM2,000 menjadi rebutan, dan peraduan ini terbuka kepda semua tanpa had penyertaan.
“Empat watak, yang dihasilkan oleh pasukan grafik kami, disembunyikan di sekitar pusat beli-belah ini.
Cuba cari orang salji, Rudolph, Santa dan ‘gingerbread man’ di sekitar kawasan ini,” tambah Lim.
Artis mural dari Sarawak, Leonard Siaw, juga akan melukis di La Promenade Mall pada Disember ini.
Artis itu, yang paling terkenal dengan lukisan gergasi ‘Ring Ladies’ di Padawan, dan lukisan ‘Coolie Keng’ baru-baru ini di Bazar Lama Kuching, akan mengadakan pameran solo pertamanya di pusat beli-belah itu, dalam kolaborasi dengan Galeri Hoan.
“Saya berbesar hati kerana La Promenade Mall telah memberikan peluang ini kepada saya. Bukan itu
sahaja, pengurusan pusat beli-belah ini memberikan kebebasan kepada saya untuk melukis apa yang saya ingin lukiskan. Saya akan melukis di sebuah studio ‘sementara’ di tingkat bawah, berhadapan dengan Zoro,” kata Siaw.
Pada Hari Krismas, La Promenade Mall akan menganjurkan peraduan mewarna yang dibahagikan kepada
dua kategori, iaitu usia sekolah rendah dan usia sekolah menengah.
Bazar Krismas Hujung Minggu juga akan diadakan sepanjang bulan Disember.
“Sebanyak 16 gerai sudah mendaftar. Vendor seperti Cloud 99 akan membawa aiskrim nitrogen mereka yang unik. Helping Hands Penan akan mempamerkan barangan fesyen yang menakjubkan. Ini hanya nama beberapa peserta sahaja,” kata Pengurus Pentadbiran Hartanah Shirley Loo.
“Sama seperti penyewa di pusat beli-belah ini, kami memberikan keutamaan kepada perniagaan Sarawak. Bagi pusat beli-belah ini, apabila kita inginkan burger, kita ada NOMS; apabila kita mahukan kopi, kita ada Black Bean. Bagi bazar pula, semua adalah usahawan tempatan. Ia amat membanggakan kami untuk ‘sapot lokal’.”
Beberapa penyewa terawal di La Promenade dibuka pada November dan Disember 2020. Kedai seperti Rice King dan Black Bean Coffee & Tea mempunyai sajian menu baharu dan tawaran istimewa sempena ulang tahun pertama mereka.
“Black Bean memperkenalkan Mint Mocha bagi Disember. Mereka juga ada hamper istimewa Krismas yang mengandungi jag air dan ‘hand blown coffee drippers’ Taiwan edisi terhad – semua dihiasi sebagai hadiah perayaan yang hebat,” kata Loo.
Melihat ke hadapan, pusat beli-belah hijau itu merancang satu pertunjukan Bonsai pada Februari tahun depan selain beberapa acara komuniti, bersama badan-badan amal kebajikan seperti Hope Place,
Sarawak Women for Women Society, Special Needs Society Kuching dan Bodhi Counselling.
Untuk maklumat lanjut, sila layari lapromenademall.com.my, hsl.com.my, atau ikut @hslcn dan
@lapromenademall.