“Ia merupakan jelajah ‘greatest hits’ saya. Saya akan menyampaikan lawak‐lawak terbaik saya, sejak beberapa tahun yang lalu, buat kali terakhir. Selepas ini, saya akan mengusahakan bahan (lawak) baharu. Jelajah ini adalah hasil karya saya selama bertahun‐tahun,” kata Mad Sabah, atau namanya yang sebenar, Achmed Rusli.
“Sekarang adalah masa yang sangat baik untuk menjelajah, dan saya tidak sabar lagi untuk membuat persembahan di Kuching.”
Sebelum pandemik, populariti Mad Sabah telah meningkat perlahan‐lahan. Malah tiket bagi dua jelajahnya ketika itu, ‘Crazy Poor Asian’ dan ‘Super Sabah’, telah laris dijual.
‘Ndak Logik’ merupakan antara jelajah komediri pertama pasca‐pandemik di negara ini.
Pelawak dari Sabah ini, yang Harith Iskandar anggap sebagai “pelawak paling lucu dan paling tulen”, baru‐baru ini mengadakan pertunjukan dengan tiket yang laris dijual di Kuala Lumpur, Melaka, Johor, dan wilayah asalnya, Sabah.
Pertunjukan di La Promenade Mall akan diadakan di auditorium aras lima.
Penyewa pusat beli‐belah itu yang popular ‐ ZORO by Domus Group, NOMS, dan Black Bean Coffee & Tea ‐ akan menawarkan makanan malam pra‐pertunjukan yang istimewa bermula dari jam 6.30 petang pada hari‐hari pertunjukan.