Pertunjukan solo Siaw di pusat beli-belah berkenaan pada mulanya dijadualkan pada Disember.
“Namun semakin saya kerap berbincang dengan pengurusan pusat beli-belah, dan juga dengan Hoan Kee Huang dari Galeri Hoan, semakin bercita-cita tinggi lagi semua kami jadinya. Kami pada akhirnya berhasrat untuk membuat lukisan kanvas terbesar di Malaysia.”
Siaw telah menangguhkan komitmen lain untuk memberi tumpuan kepada projek La Promenade. Beliau menjangkakan lukisan kanvas itu siap pada April akan datang.
Hoan menambah: “Siaw sudah membuat banyak lukisan mural gergasi. Kali ini, beliau membuat lukisan kanvas gergasi. Ia dijangka menakjubkan. Ia dijangka satu pencapaian peribadi yang hebat bagi Siaw dan sesuatu yang saya percaya adalah penting bagi lingkungan kesenian di Sarawak.”
Siaw dan Hoan, yang juga seorang pelukis ternama, telah sama-sama membuat persiapan bagi projek itu.
Kedua-dua mereka telah mengambil gambar kira-kira 60 orang awam di pusat beli-belah terbabit sejak hujung Disember lepas sebagai rujukan-rujukan bagi karya seni itu.
Buat masa sekarang, Siaw enggan mendedahkan butiran karya seni tersebut, seperti subjeknya, selain saiznya.
Pengurus pentadbiran hartanah Hock Seng Lee, Shirley Loo, berkata disebabkan oleh saiz karya seni itu, bingkai khas perlu direka-bentuk dan dibuat menurut kesesuaian khusus, yang melibatkan arkitek dan tukang kayu yang pakar.
“Bagi kanvasnya pula, kami telah tempah menurut kesesuaian khusus. Kanvas selebar 15 meter tidak ada di Kuching. Kami mencari pembekal sehingga ke Pulau Pinang. Pada akhirnya, segalanya ditempah
menurut kesesuaian khusus. Saya sendiri teruja mengenai apa yang ada dalam fikiran Leonard,” kata Loo.
Karya Siaw dapat dilihat di merata tempat di Kuching.
Dalam satu siri yang dibiayai Kerajaan Sarawak, Siaw melukis ‘Symphony of the Tinsmith’ di Lebuh Carpenter, ‘Sampan, the River Taxi’ di Lebuh Jawa, ‘The Lane Hawkers’ di Lorong Kai Joo, dan ‘Early Mercers’ di Lebuh India.
Pada 2019, Siaw, yang pada amnya belajar melukis sendiri, telah diundang untuk melukis sebuah mural di Franklin Park Zoo, Boston.
Beliau juga pernah melukis mural-mural di Wall to Wall Festival yang diadakan di Melbourne, Australia.