KUCHING: Selari dengan trend pemilikan global, Hock Seng Lee (HSL) memperkenalkan satu skim sewa untuk-milik bagi Taman Industri Vista (VIP), yang terletak bersebelahan dengan Taman High Tech Sama Jaya yang besar milik Kerajaan Sarawak.
HSL memilih VIP sebagai skim sewa-untuk-milik pertamanya ekoran permintaan tinggi daripada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi unit-unit taman perniagaan.
“Banyak PKS baharu telah tumbuh sejak setahun lepas. Cabaran baharu mewujudkan peluang-peluang baharu. VIP kami menerima banyak pertanyaan daripada usahawan-usahawan baharu tetapi ramai mungkin tidak mahu segera membeli sebuah unit sepenuhnya. Mereka suka sewa dahulu, milik kemudian. Itulah sebabnya kenapa HSL melancarkan RTO pertamanya bagi PKS,” kata pengurus penyewaan, Trish Lui.
“Terdapat trend global baharu yang diambil oleh HSL. RTO mempunyai banyak manfaat bagi pengguna akhir. Mereka memperoleh premis kerja baharu dengan segera tetapi tidak terikat dengan pinjaman jangka panjang. Pada waktu sama, selepas menandatangani RTO, harga pembelian terus ditetapkan. RTO juga menawarkan pembayaran pendahuluan yang kecil atau tiada langsung, bergantung kepada pakej.
“Setiap bulan, sebahagian daripada sewa mereka digunakan untuk membuat pembayaran pendahuluan -jadi ia adalah umpama simpanan supaya dapat mengambil pinjaman yang lebih kecil kemudian.
“Sebagai syarikat pemaju yang bermula secara kecil-kecilan, kami gembira sekali untuk mencari alternatif baharu bagi sektor swasta untuk berkembang.”
VIP terletak di lokasi yang strategik di ibu negeri, kira-kira pada jarak yang sama dari lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan, pusat bandar raya, dan zon perindustrian Sejingkat.
VIP berkongsi lebuh raya yang sama – Jalan Setia Jaya/Usaha Jaya – ke Sama Jaya, sebuah zon dagangan bebas dengan eksport bernilai RM5 bilion setahun.
Di antara syarikat multinasional di sana adalah X-FAB Silicon Foundries, Taiyo Yuden Co Ltd, Western Digital Corporation, Toko Inc dan LONGi Silicon Materials Corp.
VIP dilancarkan secara rasmi setahun lalu dan menikmati jualan yang pesat. Dengan kawasan seluas 200 ekar, ia kini merupakan taman perniagaan terbesar yang dibangunkan secara swasta di Sarawak. Unit-unit adalah berbentuk dua tingkat, berkembar atau terpisah, daripada ruang berdinding seluas 3,053 kaki persegi dengan kawasan tanah 13.84 poin hingga kepada 5,658 kaki persegi dengan 32.37 poin.
Unit-unit direka sedemikian rupa agar ia mudah diubah. Ciri-ciri termasuk ruang bukaan saiz XL, ruang
pergerakan yang mudah untuk kenderaan berat, siling tinggi, dan, unik sekali, tangga berdinding ke
tingkat dua. Bengkel atau operasi bilik stor di tingkat bawah tidak mengganggu tingkat-tingkat atas, yang boleh dijadikan pejabat-pejabat.
Setakat ini, pemilik VIP telah menjumpai berbagai penggunaan termasuk sebuah kedai pusat bagi sebuah francais Sarawak yang popular, sebuah makmal saringan bagi utiliti-utiliti awam, bengkel kereta dan bilik pameran runcit.
“HSL sentiasa berusaha untuk menawarkan lebih banyak ciri yang lebih baik dalam produk-produk kami. Ini bermula daripada peringkat perancangan. Bagi VIP, kita sudah mengasingkan sebuah taman pusat seluas 3.3 ekar, satu ciri yang jarang sekali dilihat dalam taman industri di Sarawak. Kami amat gembira apabila unit-unit di sekitar taman tersebut ternyata paling mudah untuk dijual. Ia menunjukkan bahawa inovasi mudah dihargai komuniti perniagaan di sini. Sekarang, kita berharap RTO kita akan menjadiinovasi seterusnya,” kata Lui.
HSL mengasingkan kira-kira satu pertiga daripada tapak 200 ekar itu untuk kegunaan sendiri, di mana ia akan memusatkan semua kemudahan pembuatannya yang memiliki gred ISO dan gred SIRIM.
Jurubina Unireka yang pernah memenangi beberapa anugerah telah merangka pelan induk dan mereka bentuk lot-lot bagi VIP yang dibuat oleh HSL. Pada Januari 2020, VIP memenangi dua Anugerah Kecemerlangan Sheda dalam kategori pelan induk dan kategori komersial.
Untuk maklumat lanjut, layari hsl.com.my atau hubungi 013-8365566.