PAMERAN KAKTUS DI LA PROMENADE Pertandingan Dengan Hadiah Berjumlah RM5,000 dan Gerai Jualan Untuk Disewa
Published date:
KUCHING: Hock Seng Lee (HSL) akan menganjurkan Pertunjukan Kaktus di La Promenade Mall pada 15-30 April, termasuk satu pertandingan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.
Pusat beli-belah tersebut menjemput orang ramai untuk menyertai pertandingan tersebut, dan mendaftar diri untuk gerai yang disewa.
Satu ruang seluas 3,000 persegi di tingkat bawah pusat beli-belah ini sedang diiubahsuai untuk menganjurkan program itu.
“Sukulen amat popular sekarang. Ia sudah sekian lama popular di Kuching, tetapi sejak setahun lepas – disebabkan oleh orang yang menghabiskan lebih banyak masa di rumah – ia sudah menjadi sesuatu yang menjadi kesukaan ramai,” kata ketua jabatan landskap HSL Leslie Lim.
“Malah di pejabat, rakan-rakan sekerja menghiasi ruang dengan sukulen. Sekarang merupakan masa yang amat baik sekali untuk menganjurkan pertandingan ini,” tambahnya.
Penyertaan dalam pertandingan ini adalah percuma. Setiap peserta boleh mengemukakan lima tumbuhan.
“Kami memikirkan untuk membataskannya kepada 50 penyertaan. Tetapi kita akan lihat. Selagi kita ada ruang pameran, kita akan terus menerima penyertaan,” kata Lim, yang merupakan seorang daripada tiga orang hakim pertandingan.
Penyertaan akan dipamerkan secara terbuka selama dua minggu.
Landskap merupakan tarikan penting di La Promenade, sebuah projek pembangunan campuran seluas 200 ekar di sepanjang Lebuh Raya Kuching-Samarahan yang sibuk.
Pada 2018, La Promenade menang di Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia dalam kategori “Pelan Induk” pada Majlis Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia.
Majlis anugerah itu diadakan sempena Bulan Seni Bina Landskap Dunia di Kuala Lumpur.
La Promenade masih satu-satunya pembangunan campuran di Sarawak yang telah memenangi penghormatan berprestij tersebut, di samping pemaju-pemaju kebangsaan seperti SP Setia, Gamuda Land dan UEM Sunrise.
Pembangunan HSL itu mendapat pujian kerana membina sebuah “bandar dalam taman” dengan penekanan kepada trafik pejalan kaki.
“Datanglah untuk Pameran Kaktus di La Promenade, lihatlah pokok bonsai dan pokok pain Norfolk yang kita telah tanam di sekitar,” kata Lim.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60 19-816 8866, layari lapromenademall.com.my dan hsl.com.my
Sukulen dan kaktus menjadi kegemaran ramai sebagai hiasan dalaman rumah sekarang.