HOPE PLACE LANCARKAN ANIMASI UNTUK PENGUMPULAN DANA Video Tajaan Hock Seng Lee Antara Aktiviti CSR Akhir Tahun Syarikat Tersebut
Published date:
KUCHING: Hope Place,sebuah pertubuhan amal yang membekalkan makanan dan barang-barang keperluan kepada golongan masyarakat yang memerlukan, sedang melancarkan sebuah video animasi pendek untuk pengumpulan dana hari ini.
Setiap frame dalam animasi berdurasi empat minit ini dihasilkan secara lukisan tangan, memakan masa selama tujuh bulan untuk dihasilkan,dari peringkat storyboarding sehingga video dilengkapkan.
Pengasas Hope Place, Kelvin Wan, mengatakan bahawa beliau amat terharu setelah melihat hasil video yang lengkap itu.“Kisah ini mengenai membantu seorang wanita tua dari sudut pandangan seorang kanak-kanak perempuan. Animasi ini mengungkap kesedihan golongan yang memerlukan serta kebahagiaan mereka apabila kita sama-sama membantu. Kita dapat menghayati optimisme jiwa muda dan semangat keakraban. Video ini sangat menyentuh hati saya,” kata Wan.
Animasi ini dilancar pada ketika NGO amat sibuk membantu keluarga-keluarga yang terjejas akibat pandemik. Secara umumnya, golongan paling miskin adalah golongan yang paling terjejas, kata Wan, yang menambah bahawa pengumpulan dana kini merupakan perkara yang “genting”.
“Terdapat beratus keluarga di dalam senarai kami. Kami cuba membantu sebanyak yang kami mampu
tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan. Kita juga sedang mengalami musim tengkujuh akhir tahun dan kami sedang bersedia untuk membantu jika bencana melanda”.
Hock Seng Lee (HSL) merupakan salah sebuah penderma Hope Place yang terbesar.
Selain daripada menaja video ini, HSL juga memberi geran kepada Hope Place, dan baru-baru ini telah menyediakan dua lot kedai di Eden Centre 3, berhadapan JPJ di Batu 12, untuk Hope Place tanpa sewabagi tujuan mendirikan sebuah kedai bundle.
“Menyumbang dana hanyalah sebahagian daripada apa yang HSL lakukan. Lebih penting lagi, kami
percaya bahawa kerja amal yang paling baik adalah dengan membekalkan kemahiran dan produk kami,” kata pengurus kanan HR dan komunikasi korporat, Jennifer Tang.
“Oleh kerana kami amat menghargai kerja Hope Place, kami memberi geran kepada mereka, bahagian jualan kami mewujudkan video ini, dan kami menantikan pembukaan kedai mereka— yang tidak hanya menghasilkan peluang pekerjaan tetapi juga menyediakan barang-barang pada harga mampu milik untuk komuniti.”
Pixbugs Studio telah mengetuai pasukan animasi yang terdiri daripada siswazah muda berbakat dari Universiti Malaysia Sarawak dan UniversitiTeknologi Swinburne di sini.
“Kami telah menghasilkan banyak video korporat untuk HSL seperti untuk harta baharu, acara jualan dan juga pandangan udara untuk lawatantapak— tetapi animasi inimerupakan video paling istimewa yang telah dihasilkan setakat ini,” kata pengasas Pixbugs, Shawn Chai.
“Arahan HSL kepada kami ringkas sahaja: Sebuah video tajaan untuk kegunaan jangka masa panjang Hope Place bagi tujuan pengumpulan dana. Kami telah berjumpa dengan Kelvin, dan beliau serta-merta menerima idea kami untuk menghasilkan sebuah animasi. Animasi ini merupakan cabaran yang besar buat kami kerana ia memakan masa dan tenaga yang banyak untuk dihasilkan, tetapi kami merasakan sebuah animasi akan betul-betul menyerlah. Kami berharap video ini menular untuk tujuan yang baik.”
Upacara melancarkan pengumpulan dana tersebut telah diadakan di Menara HSL yang baharu dan tingkat lima auditorium pusat beli-belah La Promenade.
Hope Place telah diasaskan pada tahun 2013.
Untuk melihat video tersebut, sila layari hsl.com.my atau @hslcn di Facebook dan Instagram.
Untuk maklumat lanjut tentang pertubuhan amal Hope Place, layari hope place.org.my atau hubungi mereka di talian 013 5672 775 / 082 505 987.
Butir-butiran untuk menderma adalah seperti berikut:
Bank: Maybank
No. Akaun: 5112 8900 1160
Penerima: Persatuan Kebajikan Harapan Kuching
Kod Swift: MBBEMYKL
No. Cawangan MBB: 11289
***
Animasi pengumpulan dana Hope Place yang berdurasi empat minit ini dilukis sepenuhnya dengan tangan, sebuah proses yang memakan masa tujuh bulan. HSL telah menaja video tersebut yang telah dihasilkan oleh sekumpulan siswazah muda berbakat dari UNIMAS dan Swinburne.
Hope Place membekalkan makanan dan barang-barang keperluan kepada golongan masyarakat yang paling memerlukan
Tahun lepas, salah satu daripada acara Tanggungjawab Sosial Korporat HSL melibatkan pengubahsuaian rumah seorang penerima Hope Place.