KUCHING: La Promenade Mall, sebuah pembangunan komersial empat tingkat di Lebuh Raya Kuching-Samarahan, kini dibuka secara rasmi untuk perniagaan.
Bermula hari ini, pasar raya utama Choice Supermarket seluas 10,000 kaki persegi mengalu-alukan pelanggan dengan tawaran dan promo istimewa. Choice La Promenade merupakan penyewa utama tingkat bawah, yang memaparkan daging import premium, ikan-ikan dan pelbagai pilihan produk harian yang segar.
Perkara yang unik mengenainya ialah ia turut menyediakan sudut kesihatan, bahagian wain dan arak, dengan kombinasi kaunter servis dan kaunter bayaran kendiri.
Choice disertai Taka Patisserie, Rice King, dan Black Bean Coffee & Tea manakala Hock King Authentic Chicken Rice akan bermula operasi pada Jumaat ini. (nota utk ed: Jan 29).
Turut dibuka tidak lama lagi adalah NOMS diikuti sebuah kedai teh buih premium. Sky Kantin by Indah House, yang beroperasi selama ini sebagai kafeteria kakitangan Menara HSL di aras lima, akan dibuka kepada orang awam tidak lama lagi.
Sama seperti kediaman berpagar La Promenade, pusat beli-belah baharu ini merupakan satu pembangunan mewah, yang menjanjikan khidmat bertaraf tinggi dengan penyewa yang dipilih dengan teliti. Pemajunya, Hock Seng Lee (HSL), hanya menjalankan pusat beli-belah ini menurut model sewaan sahaja.
Pusat beli-belah ini dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga jam 9.30 malam, dikelilingi lebih 1,000 tempat letak kereta dan motosikal percuma.
Turut dibuka tidak lama lagi adalah Fun Hut, Saranut, Potato Story, yogurt drinks and dessert, manakala Mr. Domus yang mendapat ilham dari Australia dijangka sedia menjelang pertengahan April.
“Pusat beli-belah ini dibuka dengan perniagaan-perniagaan Sarawak serta outlet-outlet makanan dan minuman. Kami mendokong dasar ‘sokong tempatan’ apabila kami mencari penyewa dan kami berorientasikan perkhidmatan – pusat beli-belah ini menawarkan pilihan runcit yang sedikit tetapi perkhidmatan yang lebih. Kita ada sebuah pusat kecergasan yang besar, ATM; kita akan ada sebuah farmasi, pusat penjagaan kanak-kanak, pusat muzik – sekadar menyebut beberapa tarikan,” kata Pengarah Urusan HSL Datuk Paul Yu Chee Hoe.
“HSL merupakan penyokong badan kebajikan. Kita memberi sewaan khas kepada Hope Place, Helping Hands Penan, Intellectually Disabled Adults Society dan Bodhi Counselling Centre. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) ini akan mengusahakan bengkel, stor dan menyediakan khidmat masyarakat yang penting. Menyediakannya di dalam pusat beli-belah ini akan mendedahkan niat baik mereka kepada segmen orang awam yang lebih luas.”
Badan-badan amal tersebut terletak di atas tingkat empat, dan HSL menyediakan kelengkapan percuma, menderma perabot pejabat dan malah memberi geran.
“Kita benar-benar mahu menjalankan amal kebajikan yang produktif dan apabila kita mengatakan kita mahu La Promenade Mall menjadi hab komuniti, kami memang serius.”
La Promenade Mall merupakan sebahagian daripada kompleks Menara HSL yang baharu, iaitu ibu pejabat bagi pakar pembinaan pelbagai disiplin itu. Blok pejabat setinggi 10 tingkat dan pusat beli-belah empat tingkat berkenaan dibina menurut standard terbaharu Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang menjimatkan tenaga kira-kira sebanyak 25%.
Ia merupakan bangunan GBI binaan swasta yang pertama di Sarawak.
Penyewa menikmati kurang kepanasan dan lebih banyak cahaya semula jadi, dan kedua-duanya adalah penjimat tenaga yang signifikan. Menariknya, sebahagian daripada syarat-syarat GBI baharu adalah mengenai keheningan, dengan peraturan kepatuhan tentang tahap bunyi bising rendah yang diukur apabila pendingin hawa beroperasi.
“Lebih penting lagi, seluruh 200 ekar La Promenade dirancang dari mula lagi sebagai sebuah ‘bandar dalam taman’. Kita sudah menggandakan jumlah kerja landskap berbanding pembangunan tipikal. Kita sudah menanam lebih 1,000 batang pokok, 2,000 pokok daun teh yang renek. Kita terus menambah lebih 100 batang pokok kepada setiap Presint baharu yang kita bina di dalam La Promenade,” kata Pengarah Eksekutif Simon Lau. “Kehijauan merupakan ‘hidangan utama’ kita di La Promenade.”
Pengarah Eksekutif Tony Yu berkata La Promenade juga direka-bentuk dengan mengambil kira ciri-ciri teknologi tinggi yang mesra alam, seperti stesen cas kereta elektrik, dan juga golongan kurang upaya.
“La Promenade merupakan sebuah ruang komuniti untuk semua. Setiap hujung minggu, kita begitu gembira untuk melihat orang awam mengambil gambar di tapak semaian taman kita. Kita juga telah memastikan semua tingkat di Menara HSL dan pusat beli-belah mempunyai tandas mesra OKU. Semuanya mempunyai pintu luas, bar pegang dan cermin khas. Semua tingkat kita juga ada bilik persalinan bayi.”
Sempena Tahun Baharu Cina, HSL telah melancarkan peraduan foto #HuatsUpLaPromenade. Semua boleh mengambil bahagian dengan memuat naik foto ke media sosial mereka dengan hashtag tersebut. Hadiah wang tunai sebanyak RM888 menjadi rebutan.
Untuk maklumat lanjut, layari lapromenademall.com.my atau cari @lapromenademall dalam media sosial. Maklumat juga ada di laman hsl.com.my dan @hslcn.