KUCHING: La Promenade, sebuah komuniti berpagar seluas 200 ekar di sini, akan dibuka kepada orang ramai untuk keriaan keluarga pada hujung minggu Tahun Baharu.
Pemaju La Promenade, Hock Seng Lee (HSL), akan menganjurkan promo ‘Family Fun’ pada 2-3 Januari 2021, jam 9.00 pagi-5.00 petang.
Aktiviti yang dirancang termasuk peraduan mewarna, lukisan batik, pertandingan membuat kuki (biskut manis), menunggang basikal, bermain layang-layang, permainan gelembung, selain hadiah-hadiah belon, gula-gula kapas dan bertih jagung.
Penyertaan adalah percuma dan pertandingan menawarkan hadiah-hadiah wang tunai. Semua dialu-alukan.
Rumah pameran terbaharu La Promenade, ‘Convertible House’ oleh DNA and IDC Architects, juga akan dibuka untuk tontonan orang ramai.
Dalam satu kenyataan media, HSL berkata previu akan diadakan bagi La Promenade Mall, yang berhadapan dengan Lebuh Raya Kuching-Samarahan.
Tempat makan, seperti Black Bean Coffee and Tea dan Rice King, sudah beroperasi di tingkat bawah pusat beli-belah tersebut pada kapasiti ‘pelancaran kecil-kecilan’.
Akan dibuka pada Januari adalah Choice Supermarket, Hock King Authentic Chicken Rice, NOMS dan Taka Patisserie. Baru-baru ini, HSL turut menandatangani Mr Domus, yang akan mengusahakan restoran terbesar di pusat beli-belah yang baharu itu.
“Acara ‘Family Fun’ ini bertujuan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa La Promenade mempunyai persekitaran yang bagus untuk didiami. Apabila orang melawat, mereka selalu memuji landskap kami. Kebelakangan ini, kami juga menerima banyak pertanyaan mengenai pusat beli-belah ini. Jadi pada 2-3 Januari, kami akan membuka seluruh La Promenade untuk dilihat oleh semua orang,” kata Pengurus Besar Pembangunan Hartanah Tay Chiok Kee.
La Promenade mempunyai kawasan keseluruhan seluas 200 ekar, di mana 160 ekar adalah kediaman berpagar, manakala 40 ekar adalah pembangunan komersial sewaan sahaja.
“La Promenade merupakan sebuah bandar kecil di dalam sebuah taman. Ia mempunyai jumlah ruang terbuka yang dua kali lebih banyak berbanding pembangunan perumahan lain. Ia mempunyai jabatan keselamatannya sendiri yang berjaga di pondok pengawal keselamatan dua peringkat. La Promenade juga mempunyai pusat beli-belah komuniti tersendiri. Tiga sebab ini menjadikan La Promenade persekitaran keluarga yang ideal,” tambah Tay.
Pengurus Sewaan HSL Trish Lui mengetengahkan kedekatan pembangunan mewah itu dengan sekolah-sekolah – termasuk sebuah sekolah antarabangsa dan sebuah sekolah rendah aliran Cina – dua buah universiti awam, Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, padang golf Kelab Sarawak, dan ‘Eden On The Park’, sebuah kemudahan penjagaan warga emas yang bersepadu.
“Jarak La Promenade ke lapangan terbang dan pusat bandar raya adalah sama. Selain lokasi, ciri-ciri terbaik dalam pembangunan ini adalah di dalam. Contohnya, penghuni Precinct Luxe mempunyai rumah kelab mereka sendiri dengan kolam air masin dan gim yang lengkap sepenuhnya. Terdapat juga laluan berjalan kaki dan berbasikal sejauh beberapa kilometer di sepanjang lebuh yang dihiasi pokok-pokok. Setiap tahun kami menambah kira-kira 100 batang pokok kepada La Promenade,” kata Lui.
Beliau menambah, HSL, sebagai sebuah konglomerat pelbagai disiplin, dapat mengekalkan semua perkhidmatan dalaman. Beliau berkata pasukan-pasukan landskap dan keselamatan semuanya adalah pekerja-pekerja yang secara langsung memastikan standard sentiasa tinggi. Pusat beli-belah yang bersifat sewaan sahaja ini membolehkan penyewaan yang berbagai-bagai.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Keluarga, termasuk jadual waktu, layarilah hsl.com.my. Maklumat mengenai pusat beli-belah berkenaan ada pada laman sesawang lapromenademall.com.my. Untuk maklumat sewaan, sila hubungi 013 836 5566.